Tuesday, May 27, 2008

HIKMAH DI SEBALIK ISU BATU PUTIH

Ramai beri komen isu ini selepas keputusan penghakiman dikeluarkan. Secara positif, ianya bagus. Ramai yang prihatin hal melibatkan kedaulatan negara. Tapi, budaya 'rumah siap pahat berbunyi' rupanya masih kuat di kalangan masyarakat kita.

Apa hikmah yang kita boleh belajar dari isu ini? Tentulah banyak. Tentulah berbeza-beza mengikut sudut pandangan masing-masing.

Bagi saya, hikmah yang paling penting untuk kita pelajari ialah berhati-hati dalam urusan melibatkan pentadbiran dan kedaulatan negara.

> Kajian mestilah lengkap dan penuh kepakaran
> Semakan terhadap perkara lain mesti dibuat secara menyeluruh
> Pandangan mesti lebih jauh ke hadapan
> Keterbukaan menerima pendapat mesti luas dan berlapang dada

Lebih-lebih lagi dalam keadaan kita merancang berbagai-bagai wilayah, koridor dan lain-lain lagi pembangunan.

Tujuannya hanyalah mengelak kemungkinan situasi begini mungkin berulang akan datang. Segalanya berkemungkinan. Kan lebih baik sediakan payung sebelum hujan.

Apapun, ia cuma pandangan peribadi.

p/s : isu batu nesan pun kadang2 bertelagah

2 comments:

Akar Umbi said...

bagus punya nasihat pada raksasabn nampak! emosi mengatasi akal

my-fikirr menulis said...

Assalamualaikum Sdra Azlan,

Saya sekadar menyampaikan pandangan.

Jika ianya bernilai nasihat, timbangkanlah.

Jika ia tiada nilai, ketepikan sahaja.

Inilah adab bertukar pendapat.

Apapun, cuma satu pdgn peribadi.