Wednesday, May 28, 2008

APABILA POLITIK MENGATASI KEWAJARAN DALAM PERTIMBANGAN

Saya memang terkilan, malah tergamam dengan keputusan 'mengharamkan' Islam Hadhari di Selangor. Bukanlah kerana nak kaitkannya dengan keputusan membabitkan babi di Selangor, tetapi ia lebih menerusi perasaan saya sebagai orang Islam.

Apa dosanya dengan konsep Islam Hadhari? Kalaupun kita tidak bersetuju, maka kemukakanlah hujah yang bernas bagi menjustifikasikan keputusan. Ataupun, kita kemukakan langkah penambahbaikan kepada konsep ini.

Kalau kita amati dengan keikhlasan dan dari sudut positif, kita akan dapat melihat manafaat daripada pelaksanaan Islam Hadhari. Ia bukan agama baharu, mahupun saingan kepada agama Islam. Ia cuma konsep pendekatan. Dan ia bukanlah satu konsep yang mengajak kita kepada perkara yang tidak betul. 10 prinsipnya tidak dapat kita nafikan berada di atas landasan agama. Landasan kebenaran. Justru itu, kenapa tergamak mengharamkan sesuatu yang benar?

Tak sampai beberapa bulan memerintah, lalu tergesa-gesa menunjukkan belang. Banyak lagi permasalahan sebenar yang membelenggu kehidupan umat Islam di Selangor yang memerlukan perhatian segera. Buat yang mana perlu dahulu untuk kepentingan umum. Amanah yang kita dapat dalam PRU12 bukanlah hanya nak memuaskan selera dendam, selera menunjuk-nunjuk. Kelak ia akan merugikan ramai pihak.

Jadi, dapatlah saya rumuskan bahawa ini hanya semata-mata kerana politik. Sehinggakan ia telah mengatasi kewajaran dalam membuat pertimbangan.

Mereka mengata bermacam-macam kepada pihak yang satu lagi. Lalu, apa bezanya mereka dengan orang yang mereka kata?

Atau rupanya selama ini mereka cuma mengata tentang sikap sebenar mereka?

Satu pandangan peribadi.

p/s : tersentuh dengan respon JAKIM

4 comments:

Akar Umbi said...

Saudara Zul,

Secara FITNAHnya boleh dikatakan begini;

Pasca PRU12, tidak lagi kedengaran slogan & konsep yang menjadi publisiti pemerintahan DSAAB. Cemerlang, gemilang, terbilang tidak lagi bermain dibibir. Konsep Islam Hadhari semakin sepi untuk diwarwarkan.

Justeru bila ditanya kenapa konsep Islam Hadhari semakin sepi diketengahkan, maka alasannya pengharaman oleh kerajaan negeri-negeri dibawah PR!

Berbalik kepada REALITI, sememangnya konsep Islam Hadhari tidaklah bercanggah, kecuali pada mereka yang sengaja tidak membaca dan mengkaji disebalik intipati konsep tersebut. Malahan mereka terus menghukum bahawa konsep tersebut bercanggah dengan Islam.

Pada saya bukan akidah songsang yang dipertikaikan, cuma konsep Islam Hadhari kurang menarik minat saya kerana ia seolah-olah modifikasi kepada konsep Masyarakat Madani yang diketengahkan pada pertengahan 90an. Oleh yang demikian, ia lebih menjuruskan kepada alat publisiti DSAAB yang baru mengambilalih kepimpinan negara ketika itu.

Dari pandangan politik bolehlah dikatakan bahawa ia bertujuan untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa DSAAB juga mempunyai visi yang setanding dengan TDM.

Maaf, mungkin pandangan saya salah namun, yang saya nyatakan di atas adalah alasan-alasan saya.

my-fikirr menulis said...

Sdra Azlan,

Pdgn Sdra melalui secara FITNAH, saya tidak mahu komen.

Pdgn Sdra melalui REALITI, saya amat hormati. Sdra ada pengamatan politik yg baik.

Cuma, saya ini mudah. Lantaran, Islam itu agama yg mudah. Maknanya, saya beristiqamah dgn apa yg baik, tak kira jenama, label atau gelaran, saya akan terima.

Wpun konsep Islam Hadhari boleh dibahas dan disyarahkan pelaksanaannya, saya masih berpegang bahawa ia membawa kpd kebaikan ummah. Hanya bagaimana fikrah kita menerimanya sahaja yg akan berbeza.

Kalau ahli politik, tentulah fikrah politiknya. Kalau ahli agama, pastilah dgn fikrah agamanya. Kalau org awam, fikrah amnya. Dan sbgnya lagi.

Jgn mohon maaf krn saya sepatutnya yg lebih menghulur tkasih kpd Sdra.

Satu pdgn peribadi.

Anonymous said...

Secara amnya saya juga bersetuju dgn pandangan Saudara Azlan dimana secara konsepnya Islam Hadhari tu nampak tidaklah bercanggah dengan ajaran Islam. Cuma apabila diberi nama Islam Hadhari seolah olah islam ni terlalu banyak versions...
ditambah lagi apabila ditanya ahli ahli umno sendir apa itu islam hadhari, tidak sedikit yang menjawab bahawa islam hadhari itu adalah islam yang liberal atau konsep islam yang boleh diterima pakai , sesuai dgn situasi di Malaysia yg mana masyarakatnya terdiri dari berbilang kaum..

Kita lihat pula dari segi perlaksanaanya, saya rasa indah khabar dari rupa..lihat kpd pemimpin kita adakah mereka benar benar melaksanakannya?? Sebilangan besar kaum perempuannya tidak menutup aurat....(semoga Allah memberikan HidayahNya kpd mereka.

Tak perlulah saya bahaskan secara mendalam isu ini kerana adalah lebih baik kita memikirkan bagaimanakah caranya supaya kita terutamanya pemuda, dapat menghayati asas ajaran islam mengikut aturan yg disampaikan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. apabila asas atau teras kita kukuh maka "kejayaan" boleh dicapai.

Sekadar pandangan, Perantau.

my-fikirr menulis said...

Assalamualaikum Sdra Anonymous@Perantau,

Tkasih atas komen Sdra, yg saya teliti tidak banyak bezanya dgn pdgn saya.

Cuma, mgkin skop kupasan kita ada sedikit kelainan. Saya mengupas dari aspek yg lebih besar iaitu isipati prinsip konsep ini yg kalau dipraktikkan, sudah tentu membawa kpd kebaikan, tanpa mengambil 1 atau 2 contoh tertentu sbg hujah utk penolakan.

Cuma saya tertarik saranan Sdra agar Pemuda terutamanya, menghayati asas ajaran Islam.

Benar Sdra, apa yg terjadi skrg ialah krn kita mengenepikan, samada secara sedar atau tidak sedar, asas tersebut.

Saya berharap saranan Sdra ini akan diambilkira.

Sekadar harapan peribadi.