Wednesday, May 21, 2008

ISU TUN M : APA KESANNYA?

Masih lagi mengenai isu Tun M keluar parti.

Kali ini, saya tidak mahu menyentuh soal penghargaan mahupun kritikan. Dah sebut sebelum ni.

Cuma, saya terfikir-fikir, apa kesannya nanti ?

Ramai org beri pandangan. Ada yg menyentuh soal jumlah ahli yang akan mengikuti jejak Tun M. Ada yang menyakini ia tidak akan menjejaskan parti. Ada yang berbicara soal kedudukan kepimpinan BN. Dan macam-macam lagi.

Cuma, setelah saya membaca berbagai-bagai komen pembaca blog, termasuklah dalam Chedet.com ( takut tengok jumlah komennya ! ), saya terperasan satu senario menarik.

Saya dapati ada senario yang mana ramai di kalangan generasi muda menyokong tindakan Tun M. Malahan, kalau kita bercakap dengan golongan muda di akar umbi, nampak jelas mereka menyebelahi Tun M. Saya sendiri kurang pasti samada mereka kesemuanya adalah ahli Umno. Tapi yang pasti, mereka berminat bercakap soal Umno.

Dalam masa yang sama, terdapat satu senario lagi, pernyataan sokongan kepada Pak Lah dizahirkan. Berbagai-bagai lafaz taat setia telah diucapkan oleh beberapa pihak. Khususnya di kalangan pemegang dan penyandang jawatan yang kebanyakkannya di kalangan bukan generasi muda. Jumlahnya pun ramai juga.

Jadi, soalan yang sedang bermain di kepala saya ialah adakah senario ini akan menyebabkan Umno menjadi satu parti yang terbahagi kepada dua pemikiran iaitu antara Umno Pemikiran Baharu dan Umno Pemikiran Lama ?

Apa pandangan pembaca?

7 comments:

Anonymous said...

Tun keluar UMNO saja. Apa nak dikecohkan. Biarlah dia keluar, bukannya berdosa keluar UMNO. Lainlah kalau keluar Islam macam Lina Joy tu, barulah semua umat Islam ini patut risau. Masalahnya sekarang rakyat , orang Melayu tak kisah dah siapa jadi PM, siapa jadi Presiden UMNO. Masalahnya sekarang beras naik harga, daging beku pun naik harga sampai menjejas industri serunding daging di Kelantan, siswazah menganggur bertambah ramai, pendatang asing tak terkawal, rumah terbengkalai banyak. Rakyat dah fed up dengan krisis kempimpinan dalam UMNO. Yang penting tolong bela rakyat.

abe MIE 'TERJAH' said...

SALAM...

Anak mahathir semuanya dah BILIONAIR..buat apa nak sibuk dalam UMNO. Buat lah duit banyak-banyak.... politik kasi kat orang lain.

Mahathir ingat orang Melayu adalah ketiak busuknya. boleh dibusuk-busukkan. Mahathir pernah anggap dan gelarkan Orang Melayu pemalas dan suka berlagak. Yahudi sekalipun tidak pernah menghina bangsanya sendiri.

Biar Pak Lah atau sesiapa yang jadi PM buat kerja dan FAMILY MAMAT nie tak payahlah ribut-ribut. Orang lainpun bijak juga.

Yang membusukkan, PKR dan PAS dah nak ambil MAHAFIRAUN sebagai ahli mereka. Gila betul politik. Bak kata, main belakang pun boleh.

http://pkrpasdap.blogspot.com

qalamberbisa said...

salam,

seharian di luar kawasan..hurm banyak benda di alam maya ni dah tertinggal..seperti yang ditanya oleh segelintir penduduk di luar bandar pada aku kenapa Tun kuar UMNO? apa dah jadi? tetapi lah yang terlintas di kepala aku lah yang sebahagian yang telah menyatakan taat setia kepada pemimpin yang sedia ada ni seolah2 ada maksud tersembunyi..nak lawan tapi takut2..hehehe kelakar..

cuma yang rugi? siapa? kalau tak kita? alangkah indah kalau pemimpin2 atasan boleh bersama bermuafakat..tapi sapalah aku hanya seorang 'cader'...

renung2kan bersama
-adios amigos-

my-fikirr menulis said...

Assalamualaikum Sdra abe mie,

Membaca komen Sdra, saya dapat melihat bahawa Sdra ada ingatan terhadap permasalahan bangsa sendiri iaitu bangsa Melayu.

Baguslah kalau begitu sikap anak muda Melayu. Responsif terhadap isu bangsanya.

Cuma, jika Sdra berbicara komen dgn berbahasa sbg anak Melayu yg sejati, itu lebih membuatkan Sdra lebih bagus.

Emosi bukan lesen ke arah mengata orang.

Ikhlas dari bangsa mu jua.

my-fikirr menulis said...

Asalamualaikum sahabat,

Kembali kita berbicara. Luar kwsn? Takpe, kalau dah tugasan...buat aje.

Banyakkan berdoa sahabat ku. Mudah2an, harapan murni anda utk melihat yang di atas bermuafakat akan menjadi kenyataan.

Allah swt Maha Mendengar.

Mohd Nazree Mohd Yunus said...

Salam,
Tahniah buat Saudara Zulkifli atas penubuhan blog saudara.

Wujud blok antara generasi baru dan lama dalam UMNO adalah berasaskan bagaimana UMNO itu diuruskan dan dibuka.

Hari ini lebih ramai anak muda yang telah terdedah kepada pendidikan tinggi dan yang tidak berpendidikan tinggi sekalipun mereka terdedah kepada suasana siber yg membuka minda dan jiwa mereka.

UMNO lebih perlu untuk merelevankan parti agar anak muda dan generasi baru melihat perjuangan dan perjalanan UMNO sebagai perjuangan yang segar dan punyai makna buat mereka menjerumuskan diri ke dalamnya.

Apapun sikap lama yang akhirnya tidak merasionalkan UMNO perlu direformasikan segera.

Salam hormat & Salam perjuangan

my-fikirr menulis said...

Assalamualaikum Sahabat ku Mohd Nazree Mohd Yunus,

Apa khabar Sdra?

Tkasih atas ucapan tahniah. Masih baharu. Perlukan bimbingan dan dorongan Sdra.

Saya tertarik pada 2 point Sdra :

1) Umno perlu merelevankan parti
2) sikap lama perlu direformasikan

Jika ini dibuat bersungguh2 di dlm acuan keikhlasan, saya yakin Umno akan kembali diterima.

Landasan perjuangan parti ini tidak lari, cuma sikap dan pendekatan perlu diubah, disesuaikan dgn semasa.

Apapun, ia cuma satu pdgn peribadi.