Thursday, May 15, 2008

Berpolitik Bukanlah Lesen Memandu Ke Jalan Dosa

Assalamualaikum...

Salam perkenalan kepada semua penulis blog.

Setelah membaca beberapa komen yang mengaitkan nama saya, maka saya terpanggil untuk bersama-sama dengan Saudara semua di dalam dunia penulisan blog.

Saya berasa gembira melihat perkembangan anak bangsa Melayu yang kini telah menerima peranan kemajuan teknologi sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka. Malahan, terdapat beberapa penulisan yang benar-benar menarik perhatian saya, di atas keupayaan penulis berbangsa Melayu ini mengupas dan melontar pandangan di dalam sesuatu isu. Tahniah saya ucapkan.

Tetapi, ada ketikanya, apabila terbaca beberapa penulisan dan komen daripada beberapa penulis yang juga berbangsa Melayu, yang lari daripada adab, etika dan prinsip penulisan, saya tiba-tiba jadi sedih.

Benar, saya mengakui bahawa ini adalah alam politik. Maka, kita pun berpolitik. Tetapi, kita tidak boleh samasekali lupa bahawa kita beragama Islam dan berbangsa Melayu. Ada hukum Allah swt yang wajib kita patuh. Ada adat Melayu yang mesti kita junjung.

Justru itu, berpolitik bukanlah satu lesen untuk kita memandu ke arah jalan dosa. Berpolitik juga bukanlah satu imuniti untuk kita mengata apa sahaja kepada orang lain. Setiap sesuatu daripada apa yang kita buat dan kata, akan 'direkodkan' untuk kita dibalas di akhirat kelak.

Lebih berat, jika ianya mengenai seseorang. Kalau dengan Allah swt yang Maha Pengampun, kita telah dianugerahkan kaedah bertaubat, selagi nyawa belum dicabut. Tetapi, dosa antara sesama manusia, hanya manusia itu sahaja yang berhak memaafkannya.

Jadi, tidakkah rugi kita sebagai manusia, mengumpul dosa mengata orang melalui kemajuan teknologi?

Ayuh, kita gunakan kemajuan teknologi ini sebagai satu wadah di dalam mempertingkatkan diri dan juga sebagai medium untuk kita mempereratkan hubungan antara kita. Kita bantu antara satu sama lain atas nama seAgama dan sebangsa dengan kita.

InsyaAllah, semoga usaha kita menegakkan Agama dan memajukan bangsa akan dirahmati.

4 comments:

Rosmerah said...

Selamat datang kealam blogger,semoga kita dapat menambahkan ilmu dan sentiasa mencari jalan tengah dalam menyelesaikan permasaalah anak bangsa yang semakin hanyut dengan kuasa dan kebendaan,
wassalam

my-fikirr menulis said...

Tkasih di atas kata aluan Sdra Rosmerah kepada saya.

Mari kita berbcg dengan berpegang kepada adab, etika dan prinsip penulisan. Sepertimana yang sentiasa Sdra amalkan.

Anonymous said...

kepada sedara zul,

imej seoarang ustaz yg dibawa sedara tu amatlah memalukan... joinlah PAS ker... perbetulkan perjuangan tu...

kononnya orang seperti sedara mempegarohi orang dengan imej ugama... pasang jangot skit, baca 2-3 hadith... baca doa skit... hebat ustaz ni.... boleh hurai hadith plak tu....

tapi hakikat nya orang yg seperti sedara lah yang gagal membentuk islam itu sendiri...

keiklasan lahir semula jadi bukan dipaksa... menunjuk2 kehebatan, melahirkan RIAK...

buang lah gelaran ustaz tu kalau rasa tak mampu... memikul beban nya..

iklas dari ucop;

my-fikirr menulis said...

Sdra Ucop,

Tidak kena bila Sdra guna ayat membentuk Islam. Islam tidak perlu dibentuk lagi setelah lengkap tugasan Nabi Muhammad saw.

Yg tepatnya, kita membentuk diri melalui Islam. Dan ini adalah kewajipan setiap kita, termasuk Sdra sendiri.

Mgkin Sdra boleh mulakan perkara ini dengan membiasakan diri Sdra menulis berlandaskan adab Islam.

Ikhlas dari saya kepada Sdra.