Tuesday, May 20, 2008

NILAI KEMANUSIAAN DARIPADA SEBUAH FILEM

Secara tak sengaja, tadi saya tertonton sebuah filem di Astro Saluran Hallmark. Tajuknya 'The Silent Night'. Entah macam mana, sampai habis cerita tu saya ikuti.


Secara ringkas, ceritanya berlaku pada satu masa peperangan di musim salji. Beberapa askar Amerika tersesat dalam hutan hinggalah mereka terjumpa sebuah rumah yang didiami seorang perempuan berbangsa Jerman dan anak lelakinya. Nak dijadikan cerita, musuh perang mereka iaitu beberapa askar Jerman juga tersesat dan sampai ke tempat yang sama. Masing-masing dibenarkan berteduh dan bermalam di situ dengan syarat utama yang diberikan oleh tuanrumah tersebut ialah ketepikan dahulu soal peperangan untuk semalaman mereka berteduh. Dek kerana tiada pilihan, kesemuanya bersetuju. Jadi, pada malam itu telah berlaku beberapa insiden yang benar-benar menguji persetujuan mereka. Tetapi kesemua insiden ini berjaya diatasi dengan sebab masing-masing berpegang kepada persetujuan yang telah mereka buat.


Dipendekkan cerita, keesokan harinya, mereka pun berpisah ke haluan masing-masing. Yang menariknya, ulasan akhir cerita ini iaitu... mereka bertemu sebagai musuh tetapi berpisah sebagai kawan. Ini semua terjadi kerana walaupun berbeza ideologi, setiap mereka menghormati antara satu sama lain sebagai seorang manusia juga. Nilai kemanusiaan yang dipertahankan.


Saya terfikir... ( mungkin mengimpikan ), kalaulah setiap kita juga mampu menerap dan mengamalkan nilai sebegitu sesama kita. Apatah lagi, kita seAgama dan seBangsa.

8 comments:

Anonymous said...

Kalau saudara terpilih menjadi Ketua Pemuda UMNO Rembau, saya fikir UMNO ada harapan untuk merampas kerusi DUN Paroi daripada PAS. Ramai yang berpendapat Ketua Pemuda yang ada sekarang adalah merupakan salah satu sebab utama kenapa UMNO kalah di DUN Paroi. Dengan imej saudara yang sederhana, tidak mengutuk membabi buta , akan dapat memikat pengundi atas pagar dan golongan professional

Anonymous said...

Saudara Zul,

Terlebih dahulu saya memohon maaf andai apa yg aku nak komen ni keterlaluan;

ZULKEFLI HJ MOHAMAD PEMUDA TAJAAN BIBI SHARLIZA.

Soalan..

1. Apa yg membuatkan saudara nak bertanding jawatan ketua pemuda.

2. Tidakkah saudara ni akan di lihat menangguk di air yg keruh

3. Kenapa tiba2 bertukar dari naib kepada ketua.

4. Aku rasa saudara ini ditaja oleh bibi sharliza kot. kerana umum tau saudara ni sentiasa bersama dengan bibi sharliza atau mungkin saudara ni bekerja dengan bibi sharliza.

5. tidak kah saudara merasa bersalah menawarkan diri bertanding ketua kerana umum tau saudara ni menyanjung tinggi saudara KJ dan dilihat mengambil kesempatan atas usha sahabat2 yg lain contohnya, saudara azman dan rakan2 mereka ini telah lama berjuang menentang KJ ini sejak 2005 lagi dan apabila mereka telah berjaya melemahkan benteng KJ tiba2 saudara muncul konon2 nak jadi hero nak menyelamatkan keadaan lah konon tapi pada aku saudara dgn KJ ni 2x5 je. kalau saudara fikir nak betul atau selamat kan pemuda rembau ini aku rasa saudara betul dan selamatkan dulu pemuda cawangan saudara dulu. tak perlu lah nak dihuraikan tentang pemuda cawangan saudara ini sedia maklum takut nanti akn mengaibkan saudara.

my-fikirr menulis said...

Assalamulaikum Sdra Langau Paroi,

Pertamanya, tkasih krn sudi lawat blog saya. Keduanya, tak perlulah mintak maaf. Sdra tidak pun bersikap keterlaluan. Cuma naluri nak tahu sahaja.

Jawapan saya kpd soalan Sdra :

1) Saya tawar diri sbg Ketua Pemuda dgn niat nak membawa Wawasan saya. ( Akan saya ulas dlm ruangan yg lain )

2) Saya tidak pernah berfikir utk menangguk di air keruh. Terpulang kpd tafsiran masing2.

3) Saya tukar hasrat dgn tujuan utk memberi lebih pilihan kpd ahli Pemuda. Akhirnya, terserah kpd perwakilan. Spt saya kata dlm artikel saya, calon lain mempunyai kelebihan masing2.

4) Tajaan? Terus terang saya katakan ia tidak benar sama sekali. Kalau Sdra terus mengatakannya, maka Sdra telah memfitnah saya.

5i) Ini satu amalan demokrasi. Sdra, hanya menawar diri bukanlah satu perkara negatif. Saya cdg Sdra baca dan amati artikel saya dgn jelas.

5ii) Saya tak pernah kata konon nak jadi hero, sbg penyelamat keadaan Pemuda Rembau. Tidak adil Sdra berkata sesuatu yg saya tidak kata.

6) Saya tak faham bila Sdra kata hal Pemuda Cwgn saya mengaibkan. Boleh dijelaskan?

Sekian jawapan saya. Semoga sdra berpuashati.

Secara jujur, saya lebih suka sekiranya Sdra memberi komen terhadap penulisan saya. Mgkin saya dapat belajar sesuatu drpd Sdra secara ilmiah. Antara kita tiada yg sempurna. Jadi, eloklah kita sama2 belajar.

Anonymous said...

Halo Brader Langau Paroi,

Ini amalan demokrasi dalam UMNO lah. Kalau cukup syaratnya apa salahnya. Bertanding secara sihat. Bukan tikam dari belakang

qalamberbisa said...

salam,

aku juga ada melihat cerita 'silent night' pelakon utama nya linda hamilton..cerita itu memang bagus..memang sinis..antara lain tentera us menyindir tentera jerman yang membawa ke medan peperangan biskut hasil air tangan isteri..malahan pula tentera amerika yang membawa puding nenas dlm tin..cerita yang penuh mesej yang tersirat dan tersurat...pertikaian diantara seorang sarjan dan leftenan...

akan tetapi aku melihat bahawa watak2 yang dilakonkan oleh mereka jelas menunjukkan bahawa mereka ada prinsip dan berpegang teguh pada perjanjian yang dibuat..sebagaimana filem ini 'based on true story'..

aku juga berharap agar generasi kita mampu menerapkan nilai2 dan norma2 yang mulia dan terpuji agar kita khususnya Melayu dipandang mulia sebagaimana kita satu ketika dahulu..

mengenai jawatan yang ingin saudara tandingi bagi saya tiada bantahan kerana sebagai pemimpin kita harus berani untuk menyatakan hasrat kita..samada kita dipilih atau tidak bergantung kepada kebijaksanaan para2 pemuda untuk memilih pemimpin..dan seharusnya pemimpin perlu tahu apa matlamat dan apa hala tuju yang ingin dibawakan dalam perjuangan..

semoga berjaya saya ucapkan..bab2 tajaan ni..hanya jauhari jua yang mengenal manikam..hanya ALLAH jua yang Maha Mengetahui..sejauh mana niat dan keikhlasan kita..

renung2kan bersama
-adios amigos-

my-fikirr menulis said...

Sahabat ku Tun F-qalamberbisa,

Mmg best cerita tu. Kalau ada ruang, saya nak tunjukkan kpd murid2 sekolah saya. Mungkin bersempena bulan kemerdekaan. Nak sampaikan mesej bahawa dalam patriotisma pun, perlu ada nilai2 kemanusiaan.

Saya suka dgn hrpn anda bila nak melihat Melayu dipandang mulia. Kalau ramai yg berhrpn begini, tak mustahil sejarah keagungan bangsa kita boleh berulang lagi.

Psl pertandingan, tkasih krn memberi pndgn. Saya tak nak komen byk2. Nanti dianggap berkempen. Cuma, saya sentiasa mengingatkan diri saya bhwa sekiranya sesuatu itu telah ditaqdirkan utk kita, walau sejuta tangan menghalang, kita pasti memilikinya. Begitu juga, sekiranya ia ditaqdirkan bukan utk kita, walau sejuta tangan mengusahakannya, kita pasti tidak dapat memilikinya. Pendekata, berserah kpd Allah swt, sentiasa bermuhasabah diri.

Yg penting, kita sentiasa ingatkan diri sendiri, kita hanya manusia biasa. Tak siapa tahu untung nasib masing2.

Betulkan Tun F?

qalamberbisa said...

salam dialam maya,

'Untung batu tenggelam, untung sabut timbul'..rezeki memang di tangan ALLAH akan tetapi kita sebagai manusia kenalah berusaha untuk mencapai kejayaan..samada hendak mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat atau sebaliknya, hanya kita kita jua yang menentukannya..sebagaimana iman tak dapat diwarisi..

makin lama cabaran makin hebat...adakala cabaran yang datang membuat kita bertanya pada diri, mampukah kita menghadapi segalanya??

renung2kan bersama
-adios amigos-

my-fikirr menulis said...

Benar kata Tun F New Gen.

Ada ketikanya, cabaran mmg terlalu berat.

Hanya menambah amalan jua yg mampu dilakukan. Mudah2an, kekuatan diri bertambah.

Apapun, tkasih byk atas peringatan.