Friday, May 23, 2008

SETIA : SATU PERSOALAN

Tiba-tiba, kebelakangan ini ramai yang bercakap tentang persoalan setia. Ada yang mempertikaikan setia. Dan ada juga yang menyatakan setia. Ada yang berdabik dada mengatakan... aku setia. Dan ada yang mencebik muka mengatakan... polan si polan tidak setia. Perkataan ini mudah sahaja terpacul dari mulut, khususnya dari mulut orang politik.

Jadi, apa makna sebenarnya perkataan setia?

Cuma, sekadar mengambil masa berbicara, nak tulis beberapa perkaitan dengan setia.

Dalam sirah Rasulullah saw ada dicatat kisah bagaimana pengikutnya setia. Tetapi tak kurang juga yang munafik.

Setia juga tersebut di dalam Rukun Negara. Tetapi jelas dirujuk kepada siapa.

Dalam perkhidmatan kerja, anda dituntut menjadi setia. Tetapi ada juga yang berubah bila di belakang.

Keharmonian rumahtangga, setia antara faktornya. Tetapi ada juga yang memilih masanya.

Kawan yang baik adalah kawan yang setia. Tetapi bukan ketika ia diuji.

Dalam soal politik? Saya jadi keliru.

Di satu ketika, orang politik mencanangkan bahawa metadologi yang mesti dipegang oleh setiap orang bila berpolitik ialah di dalam dunia politik, tidak akan ada yang menjadi kawan atau musuh sampai bila-bila. Setia bukan pegangan. Tetapi peliknya, hari ini mereka pula yang rancak bercakap soal perlunya setia.

Dalam soal politik juga, dibahaskan ungkapan...kita setia kepada pemimpin atau kita setia kepada kepimpinan. Tetapi ramai juga yang berubah-ubah mengikut keadaan.

Dalam soal politik, ada juga saya terdengar satu formula iaitu kita tidak boleh setia kepada orang, tetapi kita mesti setia kepada apa yang betul orang itu buat. Tetapi tidakkah dek setia itu yang menyebabkan orang itu fikir dia buat yang betul?

Akhirnya, saya buat satu rumusan tentang setia.

Rupa-rupanya, setia hanya datang dari hati. Bukan dengan mulut, tulisan mahupun perbuatan. Sebab itu, kita sering lihat keadaan yang mana kita nampak seseorang itu setia, tapi rupanya tidak. Dan juga keadaan yang mana seseorang itu benar-benar setia, tetapi orang tak nampak.

Sebab itulah hanya Allah swt sahaja yang akan tahu samada kita setia ataupun tidak kepada sesuatu.

Jadi, bagi kita sesama manusia biasa, berhati-hatilah kerana soal setia akan menjadi persoalan sepanjang masa.


p/s Setiawan ada kena mengena ke dengan setia?

6 comments:

qalamberbisa said...

salam dialam maya,

"demi negara yang tercinta di curahkan bakti penuh SETIA..demi raja yang di sanjung tinggi kesetiaan tak berbelah bagi..kepada pemimpin kepada rakyat..khidmat diberi penuh taat..bla..bla..blaa..diantara senikata lagu 'SETIA' yang dinyanyikan oleh Francissa Peter satu ketika dulu..

"Setiaku kini hanya satu
Dan kasihku bukanlah beribu
Biar bercerai badan... jasad atau pun nyawa...
Aku tetap setia" senikata lagu Setia Kasih oleh Haleeda...

memang benar setia itu datang dari hati..adakalanya pengucapan tidak sama apa yang ada dlm hati dan begitu jua sebaliknya...

zaman ini adakalanya sukar untuk mencari yang benar2 setia dgn kita samada didlm senang apatah lagi dikala kita susah..dikala kita naik memang ramai yang menyatakan kesetiaannya tapi apabila kita jatuh maka kita akan jatuh seorang diri..hilang kawan hilanglah sahabat...Setianya?? entah hilang dimana....

namun begitu terkadang juga kesetiaan seseorang itu beralih arah apabila orang yang diharapkan itu mula hilang jati dirinya sendiri..perlukah setia itu dikorbankan???

renung2kan bersama
-adios amigos-

my-fikirr menulis said...

Assalamulaikum,

Hanya kebenaran menghalalkan sesuatu kesetiaan dikorbankan.

Satu pandangan peribadi.

Anonymous said...

setia kena datang dari hati.. tapi mesti disaluti dengan taat. bezakan setia dan taat? jika setia pada negara, tak taat pada pemimpin, kesudahannya...?

my-fikirr menulis said...

Bezakan setia dan taat?

Mungkin ada beza. Mungkin tiada beza. Ikut tafsiran masing2.

Apapun, bagi saya samada setia atau taat, ia tetap datang dari hati.

Tkasih memberi komen.

qalamberbisa said...

salam,

well my sahabatku my fikirr..aku memang setuju setia memang datang dalam hati..sebagai contoh la kan..apabila kita bercinta kita setia dengan pasangan yang kita cintai itu..bila dah jadi suami isteri 'kesetiaan' memang menjadi tunjang dalam sesebuah rumahtangga..apa akan jadi bila sang isteri atau suami tak setia?? mau haru biru jadinya rumah tangga itu..

kesetiaan juga penting dalam sesebuah organisasi..walau berubah tampuk pemerintahan..kita perlu setia pada parti..itu adalah sebenar2nya jati diri..

aku?? aku memang setia..walau diduga sehebat manapun aku maintain..setia pada partiku UMNO..dulu kini selamanya..

renung2kan bersama
-adios amigos-

my-fikirr menulis said...

Assalamualaikum qalamberbisa,

Tahniah krn mampu maintain. Cuma, perlu diingat, dugaan hadir dalam berbagai rupa.

Apapun, maintainkan qalam agar tetap berbisa..dulu, kini dan selamanya.

Sekadar my-setia peribadi.