Monday, May 19, 2008

ISU TUN M : KITA KENA LEBIH BERTENANG

Kita ini, rasanya semua sudah sedia maklum mengenai keputusan Tun M. Inilah karakter yang ada pada Tun M. Beliau akan lakukan apa sahaja yang beliau fikir beliau ingin buat, tanpa mengambil pusing apa orang lain nak kata. Tahap istiqamah yang cukup tinggi.

Bagi kita, sebagai ahli Umno, kita kena terima ini sebagai satu lagi dugaan yang besar kepada parti kita. Beliau bukan calang-calang pemimpin. Dunia mengenalinya.

Saya tidak layak memberi komen mengenai keputusan beliau. Tun M bukanlah orang yang membuat keputusan membuta tuli. Lagipun, kita kena sentiasa menghormati keputusan orang.

Cuma, di ruangan ini, saya menyeru kawan-kawan yang lain untuk lebih bertenang. Jangan terburu-buru bertindak. Kewarasan kita amatlah dituntut di dalam menangani isu sebegini berat. Kematangan kita akan diuji dengan dugaan ini.

Semoga kita tidak tersalah fokus. Semoga kita dibantu Allah swt di dalam menghadapi dugaan ini.

1 comment:

czackPY said...

Saya Zakaria bin Sheikh Othman dengan
rendah hati menjemput semua ahli UMNO Rembau menyertai pakatan rakyat demi islam dan melayu hubungi saya di czackPY@yahoo.com.my