Monday, May 19, 2008

Isu Tun M : Selamatkanlah Malaysia

Assalamualaikum Tun Mahathir,

Saya sentiasa menyanjungi jasa Tun kpd Malaysia. Itu memang tak siapa boleh nafikan. Dunia juga boleh mengesahkannya, boleh mengiktirafnya. Untuk itu, saya sentiasa doakan kesejahteraan kepada Tun, di dunia dan juga di akhirat.

Saya sentiasa memahami karakter Tun yang sinonim dengan kejutan. Ini juga tak siapa boleh nafikan. Sejarah boleh membuktikannya. Pengumuman tadi juga boleh dikategorikan kejutan terbaharu. Untuk itu, saya tiada nak beri komen.

Sebab tak layak kita komen keputusan Tun yang jauh lebih bijak, matang daripada kita. Pada mana-mana yang memberi komen mengkritik Tun, biarkanlah mereka terasa 'cerdik sangat' dalam hanya dunia mereka sendiri sahaja, tanpa pengiktirafan sapa-sapa.

Cuma, saya berdoa semoga keputusan Tun ini akan mempunyai hikmah yang baik kpd negara. Hanya Allah swt yg Maha Mengetahui.

Ya Allah......Selamatkanlah Malaysia.

8 comments:

Anonymous said...

Tak semua apa yg Pak Lah buat gagal, tak semua apa yg Tun M buat berjaya, tak semua apa yg Hj Hadi cakap salah, tak semua apa yg Anwar cakap betul. Kita semua adalah bersaudara. Perbaiki kelemahan diri kita semua.

Anonymous said...

Akum saudara

saya bersetuju dengan pendapat saudara. walaupun saya bukan ahli umno, saya seorang kakitangan kerajaan kumpulan A, berasa begitu sedih dengan perkembangan politik di Malaysia ini.

Saya menilai kepimpinan dan kestabilan negara dari segi ekonomi dan perpaduan kaum. Banyak benarnya kenyataan tun.. malaysia berada dalam suasana yang amat membimbangkan dari segi ekonomi dan perpaduan.

Yang amat mengecewakan saya kenapa pemimpin yang telah berjasa 22 tahun ini tidak dihormati lagi. Kenapa ahli UMNO tidak mengenang budi beliau? Beginikan politik ahli UMNO.. ??

Anonymous said...

hakikat nya sedara zul mengunakan cara penulisan yang menjurus untuk memenangi hati orang yang akan memilihnya nanti...

mengunakan imej ustaz..?

`betulkah Mr Clean itu betul2 clean`

mcm pak lah.. hadhari nya kononnya ulama tapi... manusia yang bertopengkan mengunakan islam hadharinya....

ucop banyak merantau...
melihat ragam manusia.

iklas
ucop

my-fikirr menulis said...

Assalamulaikum Sdra Ucop,

Saya cuma menulis dgn tujuan mengajak semua org Melayu berfikiran positif, hormat menghormati antara satu sama lain dan sentiasa memahami bahawa kita ini adalah bersaudara. Dunia dan akhirat.

Untuk menulis sebegitu, kita tidak perlukan apa-apa gelaran mahupun imej. Ia akan datang drpd hati kita sendiri...hati seorang Melayu.

Jika ada yg menafsir dengan cara lain, saya tidak boleh salahkannya.

Hati setiap manusia mana ada yang sama.

qalamberbisa said...

salam,

terbaca isu saudara yang dikeluarkan di dalam akhbar sinar harian edisi pahang pagi ini (dari blog ke blog)..seperti yang telah aku nyatakan terdahulu kita tidak perlu melatah dan perlu tenang dlm mghadapi suasana sebegini..

renung2kan bersama
-adios amigos-

my-fikirr menulis said...

Isu apa? Di sini takde edaran akhbar berkenaan.

Boleh jelaskan sedikit? Tq.

qalamberbisa said...

salam,

isu penulisan saudara mengenai tajuk Tun telah di masukkan sebagai artikel di dalam paper sinar harian edisi pahang..sekaligus telah 'menglamourkan' blog saudara...ok la tuh..

sila email alamat saudara di email aku jika saudara ingin menatap sendiri surat khabar ini. aku sedia menghantar nyer..

my-fikirr menulis said...

salam,
add email sy my.fikirr@gmail.com

tq