Friday, June 6, 2008

BAHAGIAN KEDUA : FAKTOR 9

Sambungan...

Pada Bahagian Kedua ini, saya ingin menyentuh perihal yang terjadi pada Umno Bahagian Rembau kerana ia cukup hampir kepada saya. Rembau adalah Bahagian saya.

Umno Bahagian Rembau mempunyai kelebihannya yang tersendiri dibandingkan dengan yang lain di NS. Kelebihannya terletak kepada kedudukan jawatan yang ada pada individu di dalam kepimpinan organisasi Umno Bahagian itu sendiri. Bukan calang-calang kedudukan. Sudahlah Ketua Bahagiannya ialah YAB MB NS, Ketua Pemudanya pula Naib Ketua Pemuda Malaysia dan Ketua Puterinya ialah Setiausaha Puteri Malaysia – kelebihan yang berganda-ganda, bak kata orang ' ibarat anaknya baik, menantunya pula molek ‘. Susah kita nak jumpa kelebihan sebegini pada sesebuah Bahagian dalam Umno.

Dengan kelebihan sebegini, saya berpendapat, sepatutnya Bahagian Rembau menjadi penanda aras kepada gerak kerja Bahagian lain di dalam NS. Tetapi, atas beberapa faktor, ia tidak menjadi sebegitu.

Apakah faktor-faktornya? Saya senaraikan ‘Faktor 9’ seperti berikut :

1) wujud komunikasi yang kurang baik antara barisan kepimpinan
2) wujud persaingan yang tidak perlu sesama kepimpinan
3) terlebih peranan orang tertentu tidak membantu, malah lebih mewujudkan pertelagahan
4) banyak campurtangan telah mengundang perselisihan
5) tiada keikhlasan di dalam sistem penyampaian sesama kepimpinan
6) keghairahan di dalam penonjolan kekuasaan
7) mengabaikan pandangan orang bawahan
8) hilang fokus pada matlamat asal perjuangan
9) kepentingan diri mengatasi amanah yang diberi

Inilah ‘Faktor 9’ yang saya lihat membelenggu Bahagian ini sehinggakan keadaan politiknya menjadi bercelaru. Akibatnya, kita terlepas pandang kepada isu-isu dan permasalahan utama sehinggakan pembangkang telah mengambil keuntungan darinya – ‘ bertelagah antan di lesung, ayam juga yang kenyang’.

Saya menulis pandangan saya secara umum agar ia tidak akan menyentuh mana-mana pihak secara terang. Bukannya apa, dikhawatirkan niat yang baik untuk memberi teguran akan disalahertikan orang.

Benar, pasti ada yang tidak akan senang apabila membaca pandangan ini. Tetapi ingatlah, saya tidak meraih apa-apa keuntungan dengan memperkatakan perkara ini. Niat saya ikhlas demi melihat perubahan di dalam kepimpinan agar ianya akan memberi manafaat kepada semua pihak, terutamanya kepada parti Umno.

Cuma, ketahuilah bahawa ‘ barangsiapa yang berketak maka dialah yang bertelur ’.


Sekadar pandangan peribadi. ( disambung pada Bahagian Ketiga )

p/s : suka makan ayam percik

8 comments:

puterisoft said...

Askum,

Saya cuma setuju faktor ke 8 dari 9 faktor saudara.(kerana semua UMNO mempunyai permasalahan yang serupa, maaf jika tersalah fakta)

Secara umumnya 'semangat' memberikan makna kepada apa yang sedang 'diperjuangkan'. Saudara kenalah tolong mencari semula 'semangat' yang perlu di isi ke dalam Bahagian UMNO Saudara yang telah hilang tu.

Sekadar pandangan peribadi. (mcm pernah ku dengar ayat ni, tapi dimana ya)

Suka makan ayam percik ke? Bukan kah kesukaan ku sambal belacan, mengapa tidak kau masak sambal belacan?????

ok le tu...

tha-tha

azlishukri said...

inilah yang berlaku dalam hampir semua bahagian, termasuk bahagian saya di Kuala Kangsar.

Anonymous said...

Ketua Bahagian Menteri Besar, Ketua Pemuda Naib Presiden Pemuda Malaysia, Ketua Puteri Setiausaha Puteri UMNO Malaysia, kenapa saudara ini saya dengar berjuang hak Puteri?

Sila jawab. Soalan ini hampir sama dari mula saya membaca blog saudara.

-anti hipokrit

abe MIE 'TERJAH' said...

salaM..

pasal harga minyak sekarang, BN dan UMNO kena pulih reputasi di kalangan rakyat. penjelasan demi penjelasan tidak memberi makna... rakyat terhimpit...apapun, langkah kerajaan perlu dengan keizinan rakyat...

abe MIE sekadar berkata..

pkrpasdap.blogspot.com

my-fikirr menulis said...

Wkmslm puterisoft,

Spt sy katakan, ini sekadar pdgn peribadi, sptmana jua Sdri berhak dgn penilaian peribadi Sdri.

Saya hormati. Tkasih.

my-fikirr menulis said...

Assalamualaikum Sdra M. Azli,

Tkasih berkongsi pdgn. Mungkin kita jua boleh berkongsi jln penyelesaiannya. Akan dtg.

my-fikirr menulis said...

Sdra Anonymous,

Jika Sdra belum ketahui, suka sy jelaskan di sini bahawa parti Umno terdiri drpd beberapa sayap iaitu Wanita, Pemuda, Puteri termasuk jua Putera. Maka, setiap di atas itu dikatakan Umno jua. Tkasih.

-juga anti hipokrit

my-fikirr menulis said...

Wkmslm abe mie,

Setuju dgn ayat... BN dan Umno kena pulih reputasi. Isu minyak paling mudah utk dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sekadar persetujuan peribadi dgn abe mie.