Wednesday, June 4, 2008

SEKADAR NAWAITU PERIBADI

Ekoran tulisan saya dalam Bahagian Satu, saya telah menerima beberapa sms yang kurang baik. Belum sempat pun saya menyambung ke Bahagian Kedua, saya telah dikatakan dengan berbagai-bagai tuduhan daripada mereka yang tidak dikenali. Pendekata, tulisan saya dikatakan 'ada udang di sebalik batu'.


Tiba-tiba saya teringat semula kepada istilah 'POLITIK JUMUD' yang pernah saya tulis sebelum ini.


Saya bertanya-tanya...

Apa silapnya dengan tulisan saya?
Adakah saya menulis dengan bahasa kesat sepertimana bahasa sms yang saya terima?
Adakah saya menidakkan kejayaan yang dilakarkan kepimpinan?
Dan yang terpenting, adakah saya mengatakan sesuatu yang tidak benar?

Saya akui pandangan tulisan saya sedikit pahit untuk ditelan tetapi bukankah 'sepahit-pahit semambu pahitnya menjadi ubat, semanis-manis gula berpasir jua'?

Saya teringat pada malam tadi, saya melihat di TV3 bagaimana Hillary Clinton menyebut yang baik kepada Barack Obama semasa beliau menyampaikan ucapannya di khalayak ramai. Kedua mereka adalah musuh dalam politik tetapi mempunyai peradaban yang tinggi. Kedua mereka berbangsa bukan Melayu.

Saya teringat kepada sejarah yang menceritakan bagaimana tingginya keperibadian ramai pahlawan agung Islam terhadap musuh mereka, walaupun ketika mereka memenangi peperangan. Akhirnya ramai di kalangan musuh yang berpaling tadah dengan memeluk Islam hanya kerana tertawan dengan keperibadian tersebut.

Saya juga teringat sirah Nabi Muhammad saw yang mengisahkan kehebatan sikap mulia Baginda terhadap tawanan perangnya sehinggakan kehebatan ini menjadi rujukan para penulis di negara Barat dan menghasilkan sebuah buku mengenai 100 pemimpin terhebat dunia, dengan menobatkan Nabi Muhammad saw di tempat paling atas.

Maka, saya jadi hairan dengan sikap segelintir kita yang masih mengamalkan budaya berpolitik 'muflis peradaban - miskin akhlaq - bankrap keperibadian' ini. Berubahlah, demi kesejahteraan diri sendiri dan juga bangsa kita. Saya percaya bangsa kita akan jadi lebih maju sekiranya kita mampu melakukan perubahan diri.

Justru itu, saya memutuskan, InsyaAllah saya akan teruskan penulisan saya untuk topik tersebut di masa akan datang - ibarat ' kalau berjalan biar sampai ke batas, kalau belayar biar sampai ke pulau '.

Ini adalah kerana niat saya hanya hendak menyampaikan kebenaran, dengan satu pengharapan semoga ada perubahan dalam pemikiran, demi kebaikan semua pihak.

Tanpa ada niat lain. Samada terang mahupun tersembunyi.

Ia cuma sekadar nawaitu peribadi.

p/s : tak suka main 'sorok-sorok. masa budak dulu. Tapi suka main 'konda kondi'.

4 comments:

puterisoft said...

Askum saudara zulkifli..

Moga niat murni saudara untuk menyampaikan kebenaran diredhai oleh NYA. Pesan saya sebagai sahabat 'politik blog',.. Kalau Takut Dilambung Ombak Jangan Berumah Ditepi Pantai.. Dalam Politik ni fitnah, caci ni menjadi kebiasaan. Itu sebabnya politik Melayu jadi begini. Allah tu dah 'murka' dgn pemimpin-pemimpin kita yang telah banyak menyesong nawaitu mereka. Teringat saya catatan sahabat saya, katanya, yang dipersoalkan diakhirat adalah Agama bukan perjuangan bangsa. Hujah ni sesuai ke kita namakan 'Politik'?

Nak dapatkan sifat pemimpin seperti Nabi junjungan kita tu, mungkin mustahil le. Cuma kita boleh fahamkan di sini maksud saudara mencontohi sikap kepimpinan Beliau yang sabar. Jgn pulak ikut sikap yang lain tu. 'Alamak telebih sudah'..

Saya akan teruskan berdoa agar bangsa kita akan bersatu. Sedih dengan perbalahan bangsa sendiri. Kita bangsa sendiri berbalah, bangsa lain bersatu dan mendapat hak-hak yang sepatutnya dituntut oleh mereka, yang sepatutnya pulak jadi hak mutlak kita. Resam orang Melayu ni, 'sudah terhantuk baru tergadah', sudah terjadi baru mengelabah. Saya suka dgn slogan pelawak nabil tu, Lu Fikir La Sendiri!.

ok le tu..

tha-tha

my-fikirr menulis said...

Wkmslm puterisoft,

Ibarat namanya, begitu juga komennya. Lembut tetapi mendalam.

Apapun, tkasih atas kesudian beri komen.

Nasihat saya, teruskan berdoa.

Sekadar nasihat peribadi.

Akar Umbi said...

Saudara Zul,

Bukan nasihat tapi berkongsi pengalaman.

Kebangkitan tamadun sesuatu bangsa adalah bergantung kepada nilai akhlak generasi mudanya (Kalau tak silap saya, diungkap oleh Malek Ben Nabi). Bermakna, akhlak pemuda hari ini adalah menjadi cermin kepimpinan yang akan datang. Namun dengan hidayah Allah dan izinnya yang dapat mengubah segala-galanya.

Gagalnya hasrat kita bukan bukan bermakna Allah tidak redha. Segalanya penuh rahsia yang penuh dengan rahmat tersembunyi disamping ujian terhadap kesabaran kita.

Allah menangkan kita semasa Perang Badar. Tetapi kita tumpas di Perang Uhud. Semuanya menjadi pengajaran tentang perjuangan, ujian nafsu dan kesabaran, kepatuhan mengikut perintah, kenal erti jihad dan syahid, serta memaparkan ketamakan berebut-rebut harta rampasan perang.

Apa yang berlaku adalah putaran sejarah - cyclical history (seperti kata Ibnu Khaldun)dan kitalah sebenarnya agen-agen untuk mengembalikan putaran tersebut.

Apapun, kalau itulah nawaitunya!

my-fikirr menulis said...

Assalamualaikum Sdra Azlan,

Tahniah, pengamatan yg baik dr sudut peranan gen muda berakhlaq.

Semoga perkataan Sdra akan menjadi kenyataan di satu hari kelak.

Tqvm.

p/s : tak tersilap singgah lagi?