Tuesday, June 3, 2008

POLITIK UMNO NS ( BAHAGIAN SATU )

Sesudah Politik Jumud, saya rasa teringin nak menulis sesuatu yang lebih dekat kepada saya iaitu Politik Umno Negeri Sembilan ( POLITIK UMNO NS ). Saya tulis di dalam beberapa bahagian.

Semua tahu NS masih dikuasai Kerajaan BN, walaupun hampir-hampir berputih mata seperti jirannya, Selangor. Dengan kehilangan banyak kerusi kepada pembangkang, bolehlah saya andaikan kedudukan Kerajaan NS ibarat 'berputih tetapi sebelah mata'. Itupun dengan tidak mengambilkira apa keputusan mahkamah terhadap petisyen ke atas sebuah kawasan Parlimen di NS. Kalau keputusannya tidak menyebelahi Kerajaan, maka bertambah putihlah lagi mata.

Saya teringat menjelang PRU12, saya ada terbaca kenyataan dalam akhbar bahawa konsep 'check and balance' dalam pentadbiran tidak perlu ada di NS. Maksudnya, pembangkang tidak diperlukan, BN sudah cukup sebagai pentadbir negeri yang baik. Begitulah yakinnya pada masa itu. Hakikatnya yang berlaku, keputusan PRU12 menunjukkan yang 'tak balance' sekarang ialah kedudukan Kerajaan BN.

Terus terang saya katakan, sebagai anak jati NS, saya merasakan bahawa sebenarnya pembangkang tiada kekuatan asli di negeri ini. Untuk bertahun lamanya, NS sentiasa sebagai salah satu kubu kuat BN, terutamanya Umno.

Tiada siapa boleh menafikan bahawa di bawah pemerintahan Kerajaan BN NS, banyak permasalahan lama telah terungkai. Banyak kemajuan infra struktur telah dijalankan. Banyak pembaharuan dalam bidang pendidikan dan ekonomi telah dilaksanakan. Malahan, saya pernah sebut perkara ini semasa berucap sebagai perwakilan di Mesyuarat Bahagian. Semuanya dek kebijaksanaan mentadbir oleh pucuk kepimpinan. Gerak kerja kepimpinan ibarat 'pandai mencincang akar, matilah ke pucuknya'- cukup berkesan. Kita patut berterima kasih kepada kepimpinan Kerajaan BN NS.

Akan tetapi, selama beberapa tahun pentadbiran Kerajaan BN di NS, sebagai rakyat biasa, saya terbiasa mendengar keluhan ketidakpuasan orangramai. Kalau nak disenaraikan, sudah tentu berjela panjangnya. Antaranya, kecelaruan politik Umno NS.

Saya yakin keluhan ini sampai juga ke pengetahuan kepimpinan atasan Kerajaan NS. Tetapi, mereka tidak mengendahkan perkara seremeh begitu. Orang bijak pandai berpesan 'ombak yang kecil jangan ditidakkan'. Dengan menidakkan ombak kecil ini, digulung pula dengan permasalahan nasional, akibatnya bila tsunami politik melanda Malaysia, NS bernasib baik cuma terkena tempiasnya.

Dek celaru ini juga, kejayaan-kejayaan di atas tidak diterima dan dihargai sepenuhnya oleh rakyat NS. Keadaan bercelarunya politik Umno di NS menyebabkan rakyat meluat untuk menghargai kejayaan tersebut. Dalam masa mereka menikmati semua ini, mereka juga memutuskan untuk menghakimi pada pilihanraya.

Pendekata, keadaan politik Umno NS ibarat 'berebut tembikar yang pecah' - berkonflik kerana perkara yang merugikan.


Disambung pada Bahagian Kedua.....

p/s : konflik besar bila paip air di rumah pecah.

8 comments:

Anonymous said...

'jgn dihukum kerajaan dengan pembesar2nya....' habih la ni yang hang dok kutuk kerajaan ns wat pa? lu cakap tak serupa bikin la. Mungkin kerajaan nogori tu ada menyusun dan merancang, susunan dan rancangan untuk pemerintahan yang bermasalah perlu lah berhati-hati. bukannya kena buat terburu-buru, mcm saudara ni mungkin. saya tidak lah mengenali saudara dgn rapat, statement saudara nak bertanding ketua pemuda tapi lu tak leh fikir sendiri....

wa tengok lu mcm 'koyok' je. imej ketua tu wa tengok sipi2 je ada kat lu. tapi lu boleh pupuk lae la. lu ni org kata boleh kerja sama orang perempuan je. ye ke?. tolong jelaskan sikit sama wa.

Akar Umbi said...

Oopss. Dah tersalah singgah ke aku ni? Dah terbaca tu, sampok sekalilah. Nasihat aku pada ano, jgnlah downkan org. Aku dulu pun pernah bertanding KP Bahagian 3 penjuru tapi taklah kutuk2 mcm ni. Lagi kitorang boleh calling2 each other.

Adat bertanding, kalah dalam tangan, menang belum tau.Menang jangan anggap rezeki tapi, amanah tu yg utama harus dipikul.

Masing2 bayar singgit, bagilah peluang.

Unknown said...

alooo bai ko nie faham x article yg ko baco nie bila masa myfikirr dok kutuk kerajan....laie satu yg ko sosodap ati mak bapak ko kato org koyok nie apo hal eh, ko sendiri ckp ko x kona...kalo x kona buek caro x kona jgn la memandai nk toko2 mcm pak nujum plak ko nie....laie satu rontikan donga ckp org nie...nk tau poie jumpo ckp, tanyo sendiri, ini x duduk jo kek umah harp info dari org pastu melatah x tontu pasal mcm air paneh... den dh baco suma article yg dah ditulis oleh saudaro zulkifli nie, bg den suma nak naikkan martabat org melayu torutamo melayu dalam umno...salah ko???tue pndng den...ko den tak taula...ahlil nujum nie lain sikit...
p/s:ko tlg tilikkan muko mamak kek azharmaju bleh? ;)

my-fikirr menulis said...

Assalamualaikum,

Wpun semua org yg membaca komen Sdra Anonymous dgn mudah boleh meneka nawaitunya kpd sy, boleh melihat komennya terkeluar tajuk, menilai beliau sbg seorg yg bersifat 'gossip2 org perempuan', tetapi saya masih memilih utk merakamkan setinggi tkasih kpdnya.

Kenapa?

Krn melalui komennya, beliau telah menyedarkan sy dgn satu pengajaran iaitu " Kdg2 yg ditulis dgn jelas sejelas-jelasnya, tak tentu lagi akan dibaca dgn sama maksudnya ".

Sekadar pengajaran peribadi.

my-fikirr menulis said...

Assalamualaikum Sdra Azlan,

Tkasih sudi komen wpun 'tersalah singgah'.

Sy tertarik dgn pengamatan Sdra akan hal penubuhan J/kuasa sptmana ditulis dlm blog Sdra.

Boleh minta Sdra menulis sedikit berkait dgn statement Tan Sri Muhd Taib dlm Utusan Msia hari ini?

Sekadar permintaan peribadi.

my-fikirr menulis said...

Assalamualaikum Sdra Joe,

Jgnlah dihujahkan Sdra Anonymous begitu. Ia akan mengundang pergeseran yg tidak menguntungkan bangsa kita. Mgkin dia tidak faham maksud sy.

Apapun, tanpa mengenali Sdra, sy ucapkan tkasih dan penghargaan krn memahami mesej yg sy nak sampaikan melalui penulisan sy.

Sekadar penghargaan peribadi.

qalamberbisa said...

salam,

aku jua merasakan begitu kerana negeri adat perpatih ini begitu dekat dengan diriku..

sampai bila laa gamaknyer yer?

qalamberbisa said...
This comment has been removed by the author.