Sunday, June 1, 2008

BOLEHKAH IA MENJADI KENYATAAN?

Hujung minggu ini memang tak akan kebuluran. Dimana-mana pun ada jemputan kenduri kahwin. Saya sendiri dijemput ke 3 buah rumah pengantin. Pening nak 'adjust'. Semua nak memanafaat 'kelebihan' cuti panjang sekolah.

Dalam satu majlis, saya terserempak dengan seorang kawan yang berbeza 'ideologi' parti. Lama tak jumpa, sejak PRU12 selesai. Ajak dia duduk makan bersama-sama. Niat hati nak berbual-bual hal semasa. Dia setuju. Rasanya niat dia pun sama jugak kot.

Kami berbual-bual dari satu topik ke satu topik yang lain. Banyak isu kami bualkan. Tapi, hampir semua isu menyentuh isu-isu politik yang sedang hangat diperkatakan. Tak perlulah saya sebut, rasanya semua kita maklum.

Apa yang saya nak tuliskan di sini ialah satu 'pandangan' daripada kawan saya ini tentang Umno. Satu pandangan daripada 'orang asing' kepada Umno.

Dia mengakui bahawa walaupun dia berlainan ideologi dengan saya kerana dia tidak memilih untuk bersama dengan Umno, tapi sebenar-benarnya dia cukup menyedari bahawa Umno memang sebuah parti yang berjasa kepada bangsa dan negara. Bermula dengan perjuangan menuntut kemerdekaan sehinggalah kepada memajukan negara. Tidak dapat siapa menafikannya.

Hujahnya, Umno adalah tonggak kepada kejayaan ini. Banyak kenikmatan yang telah Umno usahakan dan secara jujur, dia sendiri mengaku sebagai salah seorang yang merasai nikmat tersebut, melalui peluang pendidikan. Dia sendiri tidak berasa segan untuk berterima kasih kepada Umno. Malahan, keluarganya juga begitu.

Cuma, atas sebab tertentu, dia tidak dapat memilih Umno sebagai parti untuk dia sertai. Dia memilih bersama dengan parti lain. Tetapi, secara peribadi, dia tidak mempunyai masalah dengan parti Umno. Secara peribadi juga, dia berasa sedikit sedih dengan apa yang berlaku kepada parti Umno sekarang, sebuah parti politik Melayu terbesar di negara ini. Kenapa?

Kerana dia melihat Umno kini telah terpesong daripada agenda perjuangannya yang asal. Masing-masing di dalam Umno, di semua peringkat dan lapisan, hanya bercakap dan berminat dengan 'agenda tertentu', bukan agenda perjuangan. Kesannya, kini Umno telah tidak dihormati sebagai parti perjuangan, tetapi ialah lebih kelihatan sebagai parti berkepentingan.

Pada kawan saya, jika Umno ( maksudnya seluruh ahli Umno dari atas hingga ke bawah ), mengambil satu ketetapan iaitu memberhentikan kemelut, mempereratkan semula hubungan sesama Umno, mengorak langkah bekerja kuat untuk rakyat dan meletakkan kepentingan agama, bangsa dan negara melebihi selera sendiri, nescaya, bukan sahaja pada PRU13, pada mana-mana PRU yang lain pun, Umno tidak akan kalah kepada mana-mana parti. Tidak ada satu parti pun yang mempunyai jentera keahlian yang besar, pengalaman mentadbir yang luas dan nama sehebat parti Umno. Jika tidak, percayalah, tidak mustahil Umno akan lenyap daripada kamus politik negara ini.

Saya terdiam. Memandangnya bercakap jelas memperlihatkan keikhlasannya memberi pandangan. Saya tidak pun menjawab. Dia pun tidak menyambung percakapan. Masing-masing meneruskan suapan nasi ke mulut. Sehinggalah kami berpisah daripada majlis.

Sehingga sekarang, saya tertanya-tanya, dalam keadaan Umno hari ini, bolehkah ia menjadi kenyataan ?

Sekadar perbualan peribadi.

p/s : suka dengar bunyi kompang masa majlis kenduri kahwin. Tapi, sekarang ini dah ramai guna cd bunyi kompang.

2 comments:

qalamberbisa said...

salam sahabat mayaku..

memang benar cuti sekolah ini sudah pastinya kita tidak akan kebuluran bahkan pula kekenyangan dan kekeringan..hehehe...kenyang bab perut..kering bab poket..tapi tu semuanyer rezeki jadi memenuhi undangan itu wajib..

Menyentuh bab UMNO kini telah terpesong daripada agenda yang asal memang ianya ada kebenarannya..adakalanya aku jua turut merasa sedih melihatkan pemimpin atasan punyai agenda yang adakalanya tidak masuk akal langsung bagi orang matang melihat dan menilainya..

adakalanya aku patah kata untuk menegakkan kebenaran yang mana mereka di luar UMNO lebih mengatakan kebenaran itu hanyalah simbolik politik semata-mata dan akhirnya aku mengambil jalan untuk mendiam kan diri dan melihat apakah kesudahannya nanti..sebagai generasi muda aku jua bertanya2 dalam hati apa yang akan berlaku masa depan..nasib orang melayu yang muda seperti aku..

tapi aku juga yakin pasti ada pemimpin2 yang akan datang dalam UMNO yang benar2 memperjuangkan nasib rakyat khususnya orang Melayu..dan aku jua berharap sahabat ku my-fikirr salah seorang daripadanya...

sekadar coretan; pakai cd kompang ni bukan apa jimatkan kos..yang penting syariat..paluan kompang hanyalah budaya warisan orang melayu..

renung2kan bersama
-adios amigos-

my-fikirr menulis said...

Wkmslm sahabat ku Tun-F New Gen,

Sy juga berkongsi keluhan sedih melihat kemelut masa kini spt Sdri.

Tetapi, sy tidak dapat bersetuju dgn sikap mendiamkan diri yg Sdri ambil. Sy lebih sedih bila Sdri sampai ke peringkat 'patah kata'. Sdri, ia tidak langsung membantu kita menyelesaikan permasalahan bangsa.

Jgn begitu wahai gen muda Melayu. Apapun kemelutnya, di tangan gen mudalah yg akan menghuraikannya. Bangkitkan semula semangat menegakkan kebenaran yg ada pd Sdri selama ini.

Sy tertarik dgn keyakinan akan dtg Sdri dan cukup pasti org spt Sdri adalah antara pemimpin sebegitu.

Sekadar keyakinan peribadi.

p/s: isu cd kompang - sy terima tapi tak terikat.