Sunday, June 1, 2008

POLITIK JUMUD

Sejak kebelakangan ini, timbul pula sindrom mempersoalkan kedudukan seseorang. Ada Menteri yang pertikaikan kedudukan seseorang sebagai Pengerusi SIC. Ada Menteri yang bertukar Kementerian pun menyokong. Tak reda lagi, timbul pulak persoalan mengaitkan kedudukan seseorang sebagai Presiden sebuah universiti.

Saya tak mahu komen nawaitu orang yang membangkit dan mempersoalkan perkara ini. Kalau kita tengok isu yang terbeban pada individu dipersoal dan latar belakang si penyoal, maka pejam mata pun kita sendiri boleh teka motif mereka - 'sudah terang lagi kan bersuluh'.

Cuma, ekoran persoalan ini, maka timbul pertanyaan dalam kepala saya :

1) generasi sekarang adalah golongan yang berfikiran terbuka dan rasional. Apa agak-agaknya mereka fikir bila melihat pertikaian ini dibangkitkan? Keterbukaan Kerajaan Pusat? Atau kesempitan berfikir Menteri Kerajaan Pusat?

2) ramai mengkagumi dan menghargai apabila melihat kesediaan PM menyambut kunjungan Ketua-Ketua Kerajaan Negeri Pembangkang selepas PRU12. Samada si penyambut mahupun yang disambut. Maka, pertikaian begini bolehkah dilihat dari sudut kekaguman yang sama? Atau rasa jelek dan meluat melihat benda 'bermotif tersembunyi' dibangkitkan?

3) beberapa jawatan telah ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Pembangkang kepada individu yang bukan dari parti mereka. Untuk rekod, ada yang telah menerimanya, walaupun persoalan dari sudut disiplin parti dihujahkan kepada mereka. Orangramai melihat perkara ini sebagai satu kematangan dalam politik. Adakah pertikaian yang dibangkitkan Menteri-Menteri ini akan mengundang persepsi yang sama dari orangramai?

4) pernah timbul semasa kempen PRU12 satu persoalan timbul apabila melihat bendera Umno lebih banyak dinaikkan berbanding BN, maka masyarakat secara sinis tetapi dalam maksudnya, menyoal... Umno atau BN yang bertanding? Justru itu, pertikaian yang mengaitkan 'selera semasa' individu tersebut terhadap parti Umno, adakah boleh memberi kesan baik dari sudut sokongan orangramai kepada BN?

5) orangramai melihat jawatan-jawatan tersebut amat berat untuk dipikul. Ia melibatkan hal-hal kecekapan pengurusan dan bidang pendidikan. Maka, kenapa dikaitkan dengan hal-hal kepartian? Ada individu yang pernah disabitkan dengan kesalahan oleh parti, tetapi hari ini dilantik menguruskan hal-hal perundangan di negara ini. Kenapa tidak pula dipertikaikan?

Masyarakat dah tak boleh terima kaedah politik jumud macam ini. Satu-satu jawatan, apatah lagi yang besar-besar, kita kena nilaikan dari sudut pencapaian seseorang. Timbangkan dari aspek kebolehan seseorang. Bukan dari sudut pegangan fahaman politik.

Saya merumuskan inilah jadinya kalau kita berfikiran jumud dalam politik atau kita masih lagi asyik sangat nak berpolitik, walaupun dah bergelar Menteri atau teringin sangat bergelar hero, heroin dalam parti menjelang pemilihan Umno.

Sekadar satu rumusan peribadi.

p/s : suka lihat Eman Manan jadi hero dalam filem 'Matinya Seorang Patriot'.

6 comments:

Akar Umbi said...

Saudara Zul,

Sebelum singgah ke blog saudara,sambil memandu kereta timbul dibenak fikiran saya tentang individu neutral seperti Tan Sri Lee Lam Thye (PLKN), Dato' Amisham A. Aziz (Menteri Kabinet) malahan mantan Pengerusi SIC Allahyarham Dato' Basir sendiri, adakah mereka ini dilantik atas faktor politik?

Saya setuju, bila politik jumud diamalkan, maka terhalanglah idea-idea proaktif dan mata akan lebih terdorong mencari kesalahan dari kebenaran. Secara terus-terang, saya tidak nampak Dato' Mokhzani menentang UMNO, cuma beliau tidak bersetuju dengan pemimpin parti. Sedarlah wahai pemimpin-pemimpin disemua peringkat,PRU 12 adalah antara lain merupakan isyarat kebencian rakyat terhadap keegoan dan kejumudan fikiran tuan/puan dan tak terkecuali diri saya sendiri.

my-fikirr menulis said...

Assalamualaikum Sdra Azlan,

Tkasih krn melihat apa yg saya perhatikan.

Malangnya, bbrp pemimpin kita masih berbudaya lebih sudu dari kuah, lebih beruk dari buah, lebih mengaduh dari parah, lebih menengok dari menegah.

Harap2 mereka berubah. Jangan sampai apa yg Sdra Azlan bangkitkan terjadi masa PRU12 akan berulang lagi.

Kan lebih baik tergadah dulu sebelum terantuk.

Sekadar peringatan peribadi.

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

politik jumud ke...sama aja...

orang melayu satu- tidak kira apa politiknya..

lepas nie anwar al-juburi nak masuk UMNO...

pkrpasdap.blogspot.com

my-fikirr menulis said...

Wkmslm abe mie,

Saya takde komen pd komen abe mie melainkan ucap tkasih atas kesudian.

Sekadar ucapan peribadi.

qalamberbisa said...

salam sahabat,

wah suka tengok matinya seorang patriot yer..watak saiful oleh 'emang manang'..Tun F suka tengok wajah Yusof Wahab..handsome masa muda2 macam sahabat ku ni jua..heheh heheh

ok2 berbalik pada tajuk utama 'POLITIK JUMUD"..memang aku pun bersetuju..adakalanya yang meng'komplen' tu macam tak sedar diri pun ada jugak..pada hakikat yang sebenar dorang lebih teruk lagi tapi tak perlulah diperkatakan disini..itu hanya pandangan pribadi ku yang pernah berurusan dengan orang2 yang sedemikian..

hari ni generasi muda seperti aku memang ingin berfikiran terbuka dan rasional tetapi adakalanya kesempitan pemikiran sebahagian pemimpin atasan menyebabkan generasi muda merasakan tidak perlu nya kerajaan hari ini jika pandangan dan pendapat mereka tidak diterima, maka berlaku lah undi protes secara majoriti pda PRU yang lepas..

kita sewajarnya belajar dan mengambil iktibar dari apa yang berlaku lepas tapi sekarang ni masing2 nak jadi hero dan heroin..al maklum sajalah pemilihan akan berlaku tidak lama lagi..maka dengan lantang bersuara maka mungkin mereka akan dianggap sebagai penyelamat parti..Begitukah??

kalau macam tu lah agaknya..aku pun tak tahu lah apa akan jadi..

-Tun F new gen suka tengok watak Megat Seri Rama lakonan Nordin Ahmad dlm filem Sultan Mahmud Mangkat Dijulang..

renung2kan bersama
-adios amigos-

my-fikirr menulis said...

Wkmslm sahabat,

Kalau Yusuf Wahab lah yg diminati, jelaslah org itu ada citarasa asli.

Bab nak jadi hero-heroin ni, mmg dah jd satu trend di mana2. Khususnya dlm budaya ''org kita'.

Sy mgkin tersilap, tetapi dr pengamatan sy, org kita masih 'miskin penilaian' pd sesuatu atau seseorg.

Org kita terbiasa dgn keadaan yg benar itu salah, yg salah itu betul.

Org kita membiasakan diri dgn menerima pengampu sbg sahabat, penegur sbg pengkhianat.

Org kita biasanya suka mengata, benci jika dikata.

Org kita mudah mengajar, susah belajar.

Cuma, ingatlah Sdri dan gen muda yg lain, jgn dihukum kerajaan dgn dosa pembesar2nya. Terus jadi rasional, elakkan beremosional.

Sekadar peringatan peribadi.

p/s: Maaf Sdri, filem SMMD itu sy tak ingat...