Tuesday, June 17, 2008

JIHAD ILMIAH PEMUDA UMNO

Isu kurangnya pelajar lelaki berbanding pelajar perempuan di IPTA bukanlah satu isu baru. Sebelum laporan akhbar hari ini, hal ini telah diperkatakan oleh ramai pihak. Tetapi perkara ini tetap menjadi isu juga.

Ini bermakna perubahan yang diharapkan masih tidak berlaku.

Ya...kita boleh berbahas mengenai faktor punca terjadinya isu ini.
Kita juga boleh membuka lembaran berjela bagi menyenaraikan kesan yang akan berlaku jika fenomena sebegini berterusan.
Tak kurang juga kita boleh menyediakan beberapa fail bertimbun bagi mendokumenkan beberapa kertaskerja yang boleh kita dapat jika kita bertanya soal mengatasinya.

Malahan, saya yakin di pihak tertentu memang telah ada yang 'menyimpan'nya pun.

Cuma...mesej yang saya ingin sampaikan di sini ialah rayuan saya kepada Pergerakan Pemuda Umno Malaysia ( bermula di peringkat pusat hinggalah ke peringkat cawangan ) untuk menjadikan agenda mengatasi isu ini sebagai fokus utama semua ahli Pemuda Umno.

Tidak mengapa...ahlinya mungkin berlainan 'pilihan' tetapi di dalam soal mengatasi isu ini, setiap ahli Pemuda Umno mesti bersatu hati, mesti satu istiqamah dan mesti satu matlamat. Tiada jalan berpatah balik.

Benar...agenda ini akan mengambil masa memandangkan ianya bersifat nasional dan berakar umbi. Tetapi, ianya mesti juga difikirkan jalan penyelesaiannya.

Untuk itu, saya ingin mencadangkan kepada kepimpinan Pergerakan Pemuda Umno :

1) kita bermula dengan proses kesedaran kepada setiap ahli Pemuda di peringkat akar umbi bahawa isu ini amat penting di dalam soal maruah lelaki selaku bakal tonggak sesebuah keluarga.

2) mewajibkan isu ini untuk dibahaskan pada Persidangan Tahunan Pemuda Umno bermula di peringkat Cawangan pada bulan Julai ini bagi mendapatkan maklumbalas ahli.

3) menubuhkan badan Sekretariat Khas bagi menangani isu ini di peringkat Pemuda Umno Bahagian dan Pusat yang berasingan dengan Biro Pelajaran Pemuda Umno agar ianya lebih fokus.

Secara amnya, Pergerakan Pemuda Umno sudah perlulah memulakan Jihad Ilmiah ini.

Sekadar rayuan peribadi.


p/s : lelaki sekarang dah suka memasak?

6 comments:

Anonymous said...

Salam Saudara Zul,
Cuba saudara jelaskan sedikit apakah yg dimaksudkan dengan jihad ilmiah..
secara serkap jarang saya menyatakan bahawa jihad yg saudara ingin bangkitkan ni bersifat keduniaan....
Ilmu akhirat adalah lebih penting saudara.....
kurangnya jumlah lelaki diIPTA tidak akan mencabar maruah seorang lelaki.....


den.

my-fikirr menulis said...

Wkmslm Ano,

Saya setuju ilmu akhirat lebih penting. Tetapi, Islam tidak menolak perkara keduniaan. Jika ianya boleh membawa kita berfikir hal ukhrawi, ia tidak mengapa.

Cuma, Islam menyarankan jgn kita tinggal akhirat dek mengejar dunia.

Justru, sekiranya Pemuda Umno 'berjihad' ( fhmkan maknanya mengikut makna kalimah Arabnya) di dlm hal ilmiah, dgn membawa kesedaran kpd kaum lelaki akan tanggungjwbnya, agar institusi kekeluargaan bakal terbina dgn kukuh dan beramanah, tidakkah usaha ini mempunyai nilai ukhrawinya?

Apapun, tqvm Ano.

Anonymous said...

Brader, buat apa nak penat-penat belajar masuk U, keluar bukan pun ada keja.

Baik lagi melepak , merempit. Tak ada duit boleh minta mak ayah. Susah susah motong getah.

Atau boleh cuba nasib masuk Akademi Fantasia, Gang Starz, Rentak Juara lagi banyak dia punya ganjaran.

Jadi mat rempit dapat pergi kutub utara. Jadi siswazah mana dapat pergi kutub utara beb.

Tak glamour langsung jadi mahasiswa.

Akar Umbi said...

Menuntut ilmu itu wajib bagi tiap-tiap lelaki dan perempuan (Islam). Nada kecewa aja Anon di atas ni

encik MIE said...

salam...

bagus UMNO buat untuk kebaikan... sekarang nie persaingan dengan bukan melayu semakin banyak dan sengit. sejak UMNO patah sayap, kini cina dah naik kepala dan india buat pening kepala. mereka tuntut hak sama..dan timbul pula ketuanan rakyat.

tak kira indo, myanmar, pakistan dan bangla kalau dapat penduduk tetap-PR kira rakyat dan dapat sama dengan orang melayu...

pkrpasdap.blogspot.com

my-fikirr menulis said...

Sdra hahaha,

Hari ini Sdra bolehlah hahaha...

Tetapi, kalaulah kita ikutkan komen Sdra, satu hari nanti bangsa lain yg hahaha...

Sekadar huhuhu.. peribadi.